Sunday, August 19, 2007
Bagaimanakah ilmu agama diangkat kembali?
Rasanya sudah terdapat tanda-tanda akan kejadian yang disampaikan oleh Rasulllulah ini. Kita lihat sekarang betapa kita telah memilih (atau di paksa pilih) mereka yang terdiri dari bukan alim ulamak yang berkata dan berbicara bukan berdasarkan ilmu agama yang ada pada mereka, tetapi menjawab tanpa ilmu (agama) dan tanpa ilmu dunia....
Monday, July 30, 2007
Hiduplah didunia seolah-oleh kamu orang Asing
Ibn Umar berkata " Jika umurmu mencapai malam hari, maka jangan lah menanti pagi hari. dan jika umurmu mencapai pagi hari, jangan lah menanti malam hari. Ambillah waktu sihatmu untuk sakitmu, dan masa hidupmu untuk matimu"
Friday, July 20, 2007
Sedekah yang dikeluarkan dari harta yang baik
Shahih al-Bukhari
Monday, July 16, 2007
Alah Maha Pengampun
" Dan Sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah maha pengampun lagi maha mengasihani"
Surah an-nisa : ayat 110
Thursday, May 10, 2007
Islam itu Mudah
" Agama itu sangat ringan dan siapa pun yang membebani agamanya secara berlebihan tidak akan sanggup menanggungnya. Jadi engkau tidak perlu berlebihan, tetapi cubalah untuk mendekati kesempurnaan dan terimalah kabar baik bahawa engkau akan diberi ganjaran, dan solatlah di pagi hari, siang dan di penghujung malam."
Shahih Al-Bukhari
Thursday, April 19, 2007
Kupasan Forum Maulidur Rasul
Sesungguhnya terdapat 3 element penting yang digarapkan oleh Rasullulah SAW demi membina satu masyarakat yang gemilang:-
- Mengangkat bahawasanya Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Subahanawata'la dan Muhammad itu rasullulah. Yakni menanamkan tauhid dan akidah didalam hati kita bahawa Allah lah yang sebenar-benarnya yang wajib dan berhak disembah tanpa menyekutukan dengan yang lain.
- Dan kita sebangai umat Islam hendaklah menuruti apa jua suruhan Rasullah dan mengikut perbuatannya (sunnah).
- Jihad Fisabilillah didalam semua keadaan. Sama ada jihad ilmu, harta, masa, nafsu ataupun Jihad peperangan. Tanpa jihad Kita akan tergolong dalam kekalahan dan kehinaan.
Thursday, April 12, 2007
Bahaya kemewahan
Hadis Nabi Riwayat Termizi:-
Ertinya: Daripada Ali bin Abi Thalib r.a.,
“Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah).
Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”.
Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”.
Lalu Nabi saw. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”. H.R. Termizi
