Thursday, April 19, 2007

Kupasan Forum Maulidur Rasul

Kupasan tentang perkara yang dibincangkan oleh al-ustaz pada forum Maulidur rasul tahun ini.
Sesungguhnya terdapat 3 element penting yang digarapkan oleh Rasullulah SAW demi membina satu masyarakat yang gemilang:-
  1. Mengangkat bahawasanya Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Subahanawata'la dan Muhammad itu rasullulah. Yakni menanamkan tauhid dan akidah didalam hati kita bahawa Allah lah yang sebenar-benarnya yang wajib dan berhak disembah tanpa menyekutukan dengan yang lain.
  2. Dan kita sebangai umat Islam hendaklah menuruti apa jua suruhan Rasullah dan mengikut perbuatannya (sunnah).
  3. Jihad Fisabilillah didalam semua keadaan. Sama ada jihad ilmu, harta, masa, nafsu ataupun Jihad peperangan. Tanpa jihad Kita akan tergolong dalam kekalahan dan kehinaan.
Dari itu mari kita kemaskan pemahaman kita dan perlaksanaan dalam mengembangkan Islam semata-mata mengharapkan balasan Syurga Allah tanpa yang lainnya.

No comments: