Sunday, August 19, 2007

Bagaimanakah ilmu agama diangkat kembali?

Diriwayatkan dari Abdullah bin 'Amr bin Al-'Ash ra: Aku pernah mendengar Rasullullah SAW bersabda " Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama sampai tidak bersisa, lalu orang2 akan mengambil orang2 bodoh sebagai pemimpin mereka yang bila orang2 bertanya kepada mereka, mereka akan memberi jawapan yang tidak berdasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain".


Rasanya sudah terdapat tanda-tanda akan kejadian yang disampaikan oleh Rasulllulah ini. Kita lihat sekarang betapa kita telah memilih (atau di paksa pilih) mereka yang terdiri dari bukan alim ulamak yang berkata dan berbicara bukan berdasarkan ilmu agama yang ada pada mereka, tetapi menjawab tanpa ilmu (agama) dan tanpa ilmu dunia....

Monday, July 30, 2007

Hiduplah didunia seolah-oleh kamu orang Asing

Diriwayatkan dari (Mujahid):Ibn Umar berkata, "Rasulullah SAW memegang bahuku dan berkata, 'hiduplah didunia ini seakan akan kamu adalah orang asing atau sebagai pengambara' "

Ibn Umar berkata " Jika umurmu mencapai malam hari, maka jangan lah menanti pagi hari. dan jika umurmu mencapai pagi hari, jangan lah menanti malam hari. Ambillah waktu sihatmu untuk sakitmu, dan masa hidupmu untuk matimu"

Friday, July 20, 2007

Sedekah yang dikeluarkan dari harta yang baik

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. Rasullulah SAW pernah bersabda, "apabila seseorang memberikan sedekah yang setara dengan sebuah kurma yang diperoleh dengan harta yang baik (dan allah hanya menerima sedekah dari harta yang baik) maka allah akan menerima sedekah itu dengan tangannya (yang kanan) kemudian menambahkan pahala kepada orang itu, sebagaimana siapa dari kamu yang membesarkan bayi kudanya , sedemikian besar sehingga menjadi sama besarnya dengan sebuah gunung."

Shahih al-Bukhari

Monday, July 16, 2007

Alah Maha Pengampun

Firman Allah Subhanahuwataala

" Dan Sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah maha pengampun lagi maha mengasihani"

Surah an-nisa : ayat 110

Thursday, May 10, 2007

Islam itu Mudah

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. Nabi muhammad SAW pernah bersabda:

" Agama itu sangat ringan dan siapa pun yang membebani agamanya secara berlebihan tidak akan sanggup menanggungnya. Jadi engkau tidak perlu berlebihan, tetapi cubalah untuk mendekati kesempurnaan dan terimalah kabar baik bahawa engkau akan diberi ganjaran, dan solatlah di pagi hari, siang dan di penghujung malam."

Shahih Al-Bukhari

Thursday, April 19, 2007

Kupasan Forum Maulidur Rasul

Kupasan tentang perkara yang dibincangkan oleh al-ustaz pada forum Maulidur rasul tahun ini.
Sesungguhnya terdapat 3 element penting yang digarapkan oleh Rasullulah SAW demi membina satu masyarakat yang gemilang:-
  1. Mengangkat bahawasanya Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Subahanawata'la dan Muhammad itu rasullulah. Yakni menanamkan tauhid dan akidah didalam hati kita bahawa Allah lah yang sebenar-benarnya yang wajib dan berhak disembah tanpa menyekutukan dengan yang lain.
  2. Dan kita sebangai umat Islam hendaklah menuruti apa jua suruhan Rasullah dan mengikut perbuatannya (sunnah).
  3. Jihad Fisabilillah didalam semua keadaan. Sama ada jihad ilmu, harta, masa, nafsu ataupun Jihad peperangan. Tanpa jihad Kita akan tergolong dalam kekalahan dan kehinaan.
Dari itu mari kita kemaskan pemahaman kita dan perlaksanaan dalam mengembangkan Islam semata-mata mengharapkan balasan Syurga Allah tanpa yang lainnya.

Thursday, April 12, 2007

Bahaya kemewahan

Hadis Nabi Riwayat Termizi:-

Ertinya: Daripada Ali bin Abi Thalib r.a.,

“Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah).

Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”.

Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”.

Lalu Nabi saw. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”. H.R. Termizi

Wednesday, April 4, 2007

Rome and Parsi

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda;
" Kisra (Persia) akan dibinasakan, dan tidak akan ada lagi Kirsa sepeninggalannya. Kaisar (Romawi) juga akan dibinasakan dan tidak akan ada lagi Kaisar sesudahnya, dan kalian semua akan membelanjakan harta karun mereka dijalan Allah"

Shahih Bukhari

Perbuatan Baik

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. Rasullullah SAW pernah ditanya;
"Apakah perbuatan yang paling baik itu?"
Nabi SAW menjawab " Beriman kepada Allah dan Rasulnya"
Nabi SAW ditanya lagi, " Kemudian apa?"
Baginda menjawab " Jihad dijalan Allah"
Nabi SAw ditanya lagi' "kemudian apa?"
Baginda menjawab " Haji mabrur (haji yang diterima Allah dan ditujukan semata-mata kerana Allah, tidak bermaksud mempamer kekayaan, tidak melakukan dosa sepanjang haji dan sesuai dengan sunnah Rusullah SAW)

Monday, March 26, 2007

Aku Serah Pada Allah

Hari ni lain sikit.... Satu puisi untuk renungan

Ku kata ku pasrah pada mu tuhan
terima kehendak qada' dan qadar
Tapi hari-hari ku isi dengan resah
hati ku susah dan gelisah

Kenapa rezeki tak kunjung tiba
Rumah kereta ku tak cukup besar
Duit di simpan masih sedikit
pangkat dicita jauh sekali

Ku ingin hidup sebagai pensyukur
Tapi impian belum berkubur
keinginan dunia masih subur
siang malamku asyik berhibur

Kalau kau tarik balik nikmatmu
Pasti akan aku tersungkur
Hari esok mungkin tiada
Sampai bila
Aku aysik leka


Nukilan MMY
26 March 2007

Wednesday, March 21, 2007

Kelazatan Iman

Diriwayatkan dari Anas r.a. : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, " Siapa pun yang memiliki 3 kualiti berikut akan memperoleh kelazatan iman
  1. Orang yang mencintai Allah dan Rasulnya melebihi apa pun
  2. Orang yang mencintai orang lain semata-mata kerana Allah
  3. Orang yang membenci kekafiran sebagai mana ia membenci dimasukkan kedalam api neraka.

Sahih Al-Bukhari

Friday, March 16, 2007

Memberi makan pada orang lain

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr r.a.; seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad SAW "Apakah kebaikan didalam Islam itu?" Nabi SAW menjawab " Memberi makan orang lain dan memberi salam kepada orang yang kau kenal maupun orang yang tidak kau kenal".

Shahih Al-Bukhari

...Oleh itu rajin2 ler belanja kawan2 makan lunch ye... belanja orang susah lagi bagus...

Sunday, March 11, 2007

Be consistent

Maksud Hadith Rasullullah SAW " sebaik-baik perbuatan adalah yang dilakukan seseorang secara terus menerus walaupun sedikit"

Moga2 kita dapat beristiqamah dalam perbuatan kita seharian...

Wednesday, March 7, 2007

Siapakah Muslim yang terbaik?

Diriwayatkan dari Abu Musa ra. Ada beberapa orang bertanya kepada Rasullullah SAW, "Siapakah Muslim yang paling baik?" Rasullullah SAW menjawab, "Muslim yang tidak merugikan muslim lainnya dengan lidah mahupun dengan kedua tangannya"

Shahih Al-Bukhari

*Dari itu marilah kita menanamkan semangat tolong-menolong sesama islam

Tuesday, March 6, 2007

Segalanya bergantung kepada niat

Umar bin Al-Khaththab r.a. pernah berkata: Aku mendengar Rasullulah SAW bersabda, " Segala amal perbuatan bergantung kepada niat dan setiap orang akan memperoleh pahala sesuai dengan niatnya. Maka sesiapa yang berhijrah dengan niat mencari keuntungan duniawi atau mengawini seorang perempuan, (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya itu".

Shahih Al-Bukhari

Monday, March 5, 2007

Menyayangi sesama muslim seperti menyayangi diri sendir

Diriwayatkan dari Anas r.a.: Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Tidak ada seorang pun diantara kalian dipandang beriman sebelum dia menyayangi saudaranya sesama muslim seperti dia menyayangi dirinya sendiri"

Shahih Al-Bukhari